Klinik Kesihatan Bandar Kuantan menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan berkualiti untuk memenuhi keperluan kesihatan masyarakat. Perkhidmatan yang disediakan merangkumi rawatan perubatan asas (Pesakit Luar), rawatan penyakit tidak berjangkit (Non-communicable Disease, NCD), perkhidmatan Pakar Perubatan Keluarga, kawalan penyakit berjangkit (seperti penyakit Tuberkulosis, Retrovirus dan sebagainya), perkhidmatan Berhenti Merokok, perkhidmatan saringan kesihatan (NHSI/Peka B40), saringan HIV Pra-perkahwinan serta pemeriksaan kesihatan pra pekerjaan/belajar/bakal haji/pengesahan OKU untuk pelbagai peringkat umur.
Selain itu, klinik juga menyediakan perkhidmatan kaunseling kesihatan oleh unit Pegawai Psikologi dan Pegawai Dietetik, program pemulihan seperti Jurupulih Anggota dan Jurupulih Carakerja, khidmat kerjasosial perubatan, dan sokongan makmal perubatan, X-ray serta perkhidmatan Farmasi untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.
Dengan tenaga kerja profesional yang terlatih dan kemudahan yang lengkap, klinik kesihatan ini berfungsi sebagai barisan hadapan dalam memastikan kesihatan awam terus terjamin. Matlamat utama kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mudah diakses, mampu milik, dan berkesan bagi setiap individu tanpa mengira latar belakang.
Menjalankan Pendiagnosan makmal routine test:
FBC, UPT, UFEME, MICROALBUMIN, ESR,MOGTT,BFMP DAN GRAM STAIN, DENGUE TEST
Menjalankan saringan Medical check Up
Menjalankan Saringan ILI
Menjalankan Saringan NHSI seperti Cholesterol dan Glucose
Menjalankan Ujian Biokimia, Glucose dan Hba1c
Menjalankan Ujian Prothrombin Time (PT)
Menjadi Pusat TB Excellent Center
Terlibat dalam operasi Extended Hours (5pm - 9.30pm) - ujian yang terlibat Fbc, Dxt, Dengue test, UFEME dan UPT
Menjalankan Ujian Saringan Thalassemia Screening untuk Tingkatan 4
Menjadi Pusat Pengumpulan sample Ke Makmal Rujukan bagi PKDKuantan.
MKA SGBULOH, HRPZ, HSNZ,HKL,IMR, MKAKB, HTAA, PUTRAJAYA, H. AMPANG
SKOP PERKHIDMATAN UNIT FARMASI
Perolehan dan Bekalan ( Substor)
Penjagaan Pesakit Luar (Ambulatori):
Pendispensan Ubat
Kaunseling Ubat-ubatan
Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)- DMTAC, ACMTAC (Warfarin), MTAC RVD
Farmakoterapi Berhenti Merokok (FBM)
Pertanyaan Ubat-ubatan
Keselamatan Pengubatan
Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added) Farmasi:
Ubat Melalui Pos (UMP)
Farmasi Pandu Lalu (Drive Thru)
Program Penggunaan Ubat Berkualiti- Pengguna
Kempen, ceramah, pameran, aktivit bersama duta, Home Medication Review etc
Methadone Flexi Dispensing Service (Mflex)
PERKHIDMATAN YANG ADA DI UNIT RADIOLOGI
Pemeriksaan x-ray konvensional
Urusan temujanji untuk pemeriksaan khas seperti ultrasound,ct scan, MRI, Mammografi, bone densitometer, kajian fluoroskopi dan lain-lain yang deperlukan
Menguruskan filem filem untuk laporan pakar radiologi di jabatan Radiologi Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan
Menguruskan penerimaan , penyimpanan dan mencari semula ( tracing) filem untuk kes rujukan semula
SKOP PERKHIDMATAN FISIOTERAPI DI KESIHATAN PRIMER:
1) Promotif dan Preventif
2) Kuratif dan Rehabilitatif
3) Perkhidmatan Perawatan Domisiliari
4) Perkhidmatan Komuniti
PROGRAM YANG DIJALANKAN:
Program Antenatal/postnatal, Progrma Warga Emas, Program PDKKU-SIHAT, Program NCD-DM/Obesiti/HPT, Program Domisiliari, Program Lawatan Rumah Orang Tua/Kanak-kanak Penor, Program Kesihatan Sekolah (Skoliosis & Obesiti)
Perkhidmatan Pemulihan Carakerja merupakan salah satu rawatan pemulihan untuk membantu pesakit mencapai, mengekalkan dan meningkatkan tahap fungsi dan keberkesanan yang optimum dalam kehidupan harian, pekerjaan, bermain atau rekreasi melalui aspek fizikal, mental, sosial dan kerohanian.
Pemulihan menggunakan strategi-strategi promotif, preventif, dan rehabilitatif.
Perkhidmatan yang Ditawarkan:
Penilaian aktiviti seharian
Penilaian fizikal
Penilaian sensori
Penilaian kognitif & persepsi
Penilaian pra-sekolah
Penilaian kerusi roda
Penilaian pra memandu
Penilaian tempat kerja / rumah / sekolah
Penilaian perkembangan kanak-kanak
Latihan dalam aktiviti seharian
Splin & ortosis, peralatan serta pengubahsuaian
Terapi tingkah laku
Latihan kognitif & persepsi
1.0 SKOP PERKHIDMATAN UNIT DIETETIK KLINIK KESIHATAN BANDAR KUANTAN:
1.1 Perkhidmatan Dietetik Klinikal:
a. Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar & NCD
b. Perkhidmatan Dietetik Bersama Pasukan Multidisiplin (MDT)
c. Perkhidmatan Perawatan Di Rumah/ Institusi Jagaan Khusus
d. Perkhidmatan Perawatan Domisiliari/ Domisiliari Paliatif
e. Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas
f. Perkhidmatan Kesihatan Individu Berkeperluan Khas
1.2 Perkhidmatan Dietetik Komuniti
a. Perkhidmatan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
b. Penjagaan Kesihatan Warga Emas
c. Promosi dan Pendidikan Kesihatan di komuniti
2.0 Fungsi Utama Perkhidmatan Unit Dietetik
2.1 Perkhidmatan Dietetik Klinikal
a. Penjagaan Kuratif
b. Penjagaan Rehabilitasi
c. Penjagaan Paliatif
2.2 Perkhidmatan Dietetik Komuniti - Promosi dan pencegahan
2.3 Peningkatan Kualiti dan Penyelidikan
2.4 Sumber Rujukan Teknikal Dietetik
Orang ramai atau pesakit yang ingin mendapatkan konsultasi diet daripada Pegawai Dietetik, diminta untuk mendapatkan dahulu rujukan dari Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan atau Hospital.
SKOP PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KAUNSELING
Perkhidmatan ini terbahagi kepada tiga (3) iaitu:
Kaunseling Individu
Kaunseling individu adalah perkhidmatan kaunseling yang disasarkan kepada seorang individu bagi mengatasi pelbagai isu atau masalah peribadi, emosi atau psikologi.
Kaunseling Kelompok
Kaunseling kelompok adalah perkhidmatan kaunseling yang disasarkan kepada sekelompok individu bagi membantu mengatasi masalah yang serupa atau berkaitan, meningkatkan kesejahteraan dan sahsiah kendiri.
Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan
Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan adalah perkhidmatan kaunseling yang disasarkan bagi membantu pasangan dan anggota ahli keluarga dalam mengatasi masalah interpersonal dan konflik yang terjadi dalam konteks hubungan perkahwinan dan keluarga.
Khidmat Berhenti Merokok (KBM) yang ditawarkan termasuk:
Saringan fizikal seperti tinggi, berat badan, BMI, tekanan darah, ujian Carbon Monosida, SPO2 dan ujian Peak Flow Meter
Kaunseling
Farmakoterapi ubat (Terapi Penggantian Nikotin)
Waktu operasi Khidmat Berhenti Merokok:
Setiap hari Rabu dan Khamis 2.30-4.30pm
Skop perkhidmatan untuk unit Tuberkulosis (TB):
1. Pengesanan Kes
2. Diagnostik dan Penilaian Kes
3. Rawatan dan Pengurusan Pesakit
4. Pendidikan dan Kaunseling Kes TB
5. Pencegahan dan Kawalan Jangkitan
6. Latihan dan Penyeliaan
Perkhidmatan Lain
*Saringan Thalasemia Pelajar Tingkatan 4
*Pengesanan & Pengesahan murid berkeperluan Khas
Perkhidmatan Khas
Echocardiogram (ECHO), juga dikenali sebagai echocardiografi, adalah ujian diagnostik perubatan yang menggunakan gelombang ultrasound untuk menghasilkan imej jantung. Echocardiogram adalah alat diagnostik yang sangat berguna kerana ia memberikan maklumat terperinci mengenai anatomi dan fungsi jantung tanpa melibatkan pendedahan kepada radiasi. Ia boleh membantu dalam diagnosis awal dan pengurusan pelbagai keadaan kardiovaskular.
Dimulakan pada 2021 menggunakan platform bookdoc dan mengambilkira juga platform lain seperti whatsapp, GM, video call
Bermula April 2022 hanya platform Google Meet sahaja diambilkira
Unit terlibat –pegawai perubatan, farmasi, dietetic, fisioterapi dan OT
LATAR BELAKANG:
Perkhidmatan Perawatan Domipaliatif (PPD) merangkumi perkhidmatan perawatan dan rehabilitasi yang disediakan di rumah untuk memastikan kesinambungan penjagaan pesakit yang didiscaj, menyokong keluarga pesakit melalui latihan penjagaan dalam aspek jagaan pesakit di rumah dan mengurangkan kemasukan semula pesakit ke hospital menerusi penjagaan kesihatan berkualiti di rumah dan komuniti.
KONSEP BERKHIDMATAN:
Perawatan pesakit yang dijalankan di rumah sebagai sambungan dari rawatan hospital.
Perawatan ini dijalankan oleh anggota kesihatan yang terlatih.
Perkhidmatan ini melibatkan pesakit dan anggota keluarga pesakit. Ahli keluarga mesti bersedia untuk belajar cara penjagaan pesakit di rumah.
SKOP PERKHIDMATAN:
1. Perawatan
Perkhidmatan perawatan termasuk latihan teknik mencegah berlakunya luka tekanan, pendidikan mengenai rawatan luka dan penjagaan kebersihan, menukar tiub salur makanan, tiub kencing, pemeriksaan darah seperti ujian gula dan mengambil tekanan darah serta penyediaan sokongan emosi
2. Rehabilitasi
Aktiviti rehabilitasi bagi kes yang memerlukan termasuk rehabilitasi pergerakan aktif dan pasif serta latihan activity of daily living (ADL)
3. Palliative Care
Akitiviti yang melibatkan penjagaan pesakit palliative, yang dirujuk dari Jabatan Palliative sahaja. Kes-kes yang dirujuk adalah pesakit 'terminal illness', untuk menyediakan sokongan berterusan kepada pesakit dan ahli keluarga pesakit
Perkhidmatan MFLEX (Methadone Flexibility) adalah satu inisiatif di Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan aksesibiliti dan fleksibiliti dalam program rawatan penggantian methadone bagi individu yang mengalami ketagihan opioid. Program ini direka untuk memudahkan pesakit meneruskan rawatan mereka dengan lebih mudah dan berkesan, sambil mengurangkan beban logistik yang mungkin timbul dari keperluan untuk menghadiri klinik setiap hari.
Ciri-ciri utama perkhidmatan MFLEX termasuk:
Fleksibiliti Pengambilan: Pesakit dibenarkan mengambil dos methadone mereka untuk beberapa hari sekaligus, bergantung kepada penilaian klinikal dan tahap pemulihan mereka. Ini membantu mereka yang bekerja atau yang tinggal jauh dari pusat rawatan.
Pemantauan: Walaupun memberikan lebih banyak kebebasan, pesakit dalam program MFLEX masih berada di bawah pemantauan ketat untuk memastikan mereka mengambil ubat dengan betul dan terus menerima sokongan yang diperlukan.
Kelayakan: Untuk layak menyertai MFLEX, pesakit perlu menunjukkan komitmen kepada rawatan, mematuhi peraturan yang ditetapkan, dan stabil secara klinikal.
MFLEX adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Malaysia untuk meningkatkan keberkesanan rawatan ketagihan dan memudahkan pemulihan jangka panjang dengan menyesuaikan keperluan rawatan mengikut gaya hidup pesakit.
Pengesahan Penagihan Dadah adalah satu proses penting yang dilaksanakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Malaysia untuk mengesahkan seseorang individu sebagai penagih dadah. Proses ini merupakan langkah awal dalam usaha pencegahan, pemulihan, dan pemantauan individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Ia bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketagihan dan menentukan langkah intervensi yang sesuai.
Tujuan Pengesahan Penagihan Dadah:
Pengesanan Awal: Membantu mengenal pasti individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah melalui ujian dan penilaian.
Perancangan Pemulihan: Menentukan jenis rawatan dan pemulihan yang sesuai berdasarkan tahap ketagihan.
Pemantauan Kesihatan dan Sosial: Menyediakan sokongan yang berterusan untuk mengurangkan risiko ketagihan semula (relapse).
Paxlovid adalah ubat antivirus yang digunakan untuk merawat jangkitan COVID-19. Ia terdiri daripada dua komponen utama: nirmatrelvir dan ritonavir. Ubat ini diberikan secara oral dan disyorkan untuk digunakan pada peringkat awal jangkitan COVID-19 bagi mengurangkan risiko perkembangan penyakit yang lebih serius, seperti kemasukan ke hospital atau kematian.
Nirmatrelvir: Merupakan penghambat protease SARS-CoV-2 yang menghalang replikasi virus dalam badan.
Ritonavir: Digunakan untuk memperlambat metabolisme nirmatrelvir, sehingga meningkatkan keberkesanan nirmatrelvir dengan memastikan kepekatan yang lebih tinggi dalam darah.
Paxlovid ditujukan untuk orang dewasa dan remaja (berumur 12 tahun ke atas, dengan berat sekurang-kurangnya 40 kg) yang telah disahkan positif COVID-19 dan berisiko tinggi mengalami penyakit yang teruk.
Ia paling berkesan apabila diberikan dalam tempoh 5 hari selepas simptom bermula.
Kajian klinikal menunjukkan bahawa Paxlovid dapat mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian dalam kalangan individu yang berisiko tinggi jika diambil pada peringkat awal jangkitan.