Assalamualaikum wa wb dan salam sejahtera
Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt dengan limpah kurnia dan keizinanNya , Klinik Kesihatan Bandar Kuantan sekali lagi dapat melancarkan laman web ini sebagai wadah untuk memberikan maklumat berkaitan skop perkhidmatan kesihatan yang diberikan berserta jadual operasi klinik bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan.
Laman web ini merupakan kesinambungan dan kemaskini kepada laman web terdahulu yang terpaksa ditamatkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Selain daripada membekalkan maklumat berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan, ianya juga merupakan suatu inisiatif untuk melapor dan mengarkibkan program-program dan majlis-majlis yag dijalankan oleh pelbagai unit yang berada di bawah pentadbiran Kesihatan Awam. Pada masa sama, ianya juga mengemaskini carta organisasi Klinik Kesihatan Bandar Kuantan yang telah menyaksikan ramai anggota yang melapor-diri begitu juga yang telah bertukar ataupun bersara.
Antara objektif utama laman web ini diwujudkan adalah bertujuan untuk memupuk dan memurnikan Budaya Korporat yang dipromosikan KKM, menekankan budaya kerja profesionalisma, sifat penyayang dan kerja berpasukan. Cabaran zaman digital dan teknologi informasi, memerlukan segala maklumat tersedia untuk diakses di hujung jari dan saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan IT KKBK di atas kesediaan dan pengorbanan dalam melaksanakan tanggungjawab dalam menyediakan laman web ini.
Memandangkan KKBK sebagai sebuah Klinik Kesihatan paling tinggi beban kerja di negeri Pahang, berada di tengah Bandaraya Kuantan serta menjadi perintis kepada pelbagai program kesihatan yang dijalankan, adalah menjadi harapan saya agar laman web ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua masyarakat baik awam mahupun anggota kesihatan sendiri.
Selamat Tahun Baru 2025. Semoga Klinik Kesihatan Bandar Kuantan terus cemerlang dan menyinar sebagai antara Klinik Kesihatan tersohor di Malaysia.
Salam Madani
Dr Adienuar Bin Ahmad Norawi
MB BCh BaO(UK) MMed (Family Medicine UKM)
Pakar Perunding Perubatan Keluarga
Klinik Kesihatan Bandar Kuantan
Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kami di Klinik Kesihatan Bandar Kuantan mengalu-alukan kehadiran anda ke klinik ini, tempat di mana kesihatan komuniti menjadi keutamaan kami.
Sebagai salah satu pusat kesihatan utama di daerah Kuantan, klinik ini komited menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, mesra, dan efisien kepada semua lapisan masyarakat. Kami sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan kesihatan anda dengan penuh profesionalisme dan kasih sayang.
Adalah menjadi harapan kami agar Klinik Kesihatan Bandar Kuantan dapat terus menjadi pusat rujukan utama bagi komuniti setempat dalam mencapai taraf kesihatan yang optimum. Kami juga berharap kerjasama erat antara pihak klinik dan komuniti dapat terus diperkukuh demi kesejahteraan bersama.
Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami. Kesihatan anda adalah tanggungjawab kami.
KAMI SEDIA MEMBANTU
Dr. Siti Norsamsimatun Binti Nor Azizan
MD (USM)
Pegawai Perubatan Pentadbir (YM)
Klinik Kesihatan Bandar Kuantan
PAKAR PERUBATAN KELUARGA
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PERUBATAN
PEGAWAI PSIKOLOGI KAUNSELING
PEGAWAI DIETETIK
PEMANDU
PEMANDU
PEMBANTU AM
PEMBANTU AM
PEMBANTU AM